Monday, May 25, 2015

Cantiknya Sintra- penatnya kaki mendaki....


Hari ketiga, setelah merasakan sebahagian Lisbon telah di jelajahi. Panda mengambil keputusan untuk ke penghujung benua Eropah yang hanya beberapa jam dari Lisbon. Pengungjung di nasihatkan membeli tiket harian yang berharga 15 sehari, ini lebih menjimatkan kerana pengungjung boleh menggunakan hampir semua kemudahan awam di kawasan Lisbon ini. Jika ada duit lebih tiada masalah untuk mengambil tiket berdasarkan trip.


Hari ketiga dan terakhir ini, adalah ke Sintra, kota romantik yang berada berhampiran laut dan memiliki Istana yang mesti di kunjungi di Eropah. Perjalanan dengan keretapi adalah sekitar 45 minit. Sepanjang perjalanan penumpang akan disajikan dengan pemandangan biasa eropah iaitu padang rumput dan semak samun. Banyak juga grafiti yang di lakarkan disepanjang tembok landasan keretapi.


Bandar ini telah mendapat taraf UNESCO World Heritage Site dan ia telah diduduki seawal 30BC dan menerima banyak pengaruh peradapan daripada Rom, Moor sewaktu perkembangan Andalusia dan Kristianisasi selepas abad ke 10. Jika Kita berada di kawasan Lisbon dan Sintra (Sekadar menyebut dua kerana ini adalah lokasi lawatan panda) pengungjung dapat melihat pengaruh Moorish dalam binaan bangunan-bangunan bersejarah di sini.


Papan-papan tanda maklumat pelancungan yang dipadamkan juga mezahirkan pengaruh Moorish ataupun muslim dalam kehidupan dan binaan masyarakat setempat walaupun kerajaan Muslim terakhir tamat pada abad ke 10 lagi.


Terdapat banyak Istana-istana peninggalan kerajaan terdahulu dan juga bangunan-bangunan yang besar mengambarkan kemewahan masyarakat di sini. Bandar yang berlatarbelakangkan bukit dan laut ini memberikan suasana yang tenang dan menawan. Pengunjung boleh menggunakan daily pass untuk pengangkutan awam bagi mengungjungi semua tarikan di Sintra dan juga copa de loca dan Cascais. atau membeli tiket bas konsesi 12.

The Palace of Sintra, for a long time the residence of Royal family during the summer

Dengan tiket ini, bolehlah mengungjung tempat-tempat menarik seperti The Castle of the Moors, on the hilltops of Sintra, The arabesque Monserrate Estate, The Palace of Sintra, Seteais Palace, dan The Pena National Palace. Sekadar beberapa yang boleh di sebut, Panda hanya mengunjungi dua sahaja. Jika ada masa yang terluang bolehlah tidur di sini semalam atau dua, kerana tidak cukup dengan day trip sahaja.




Untuk entri kali ini, pand aingin kongsikan gambar-gabar yang panda ambil ketika di The Castle of the Moors. Kota batu ini memang jelas kelihatan jika berada di bandar sentra. Kedudukannya yang strategik bagi kota pelindungan ketika zaman kependudukan orang-orang Moorish di Sintra. Bayaran yang dikenakan sekitar 15 untuk 2 tempat tarikan iaitu kota Moor ini dan juga Istana Pena.



Di dalam kota ini terdapat juga barangan ekologi masyarakat pra sejarah dan juga peninggalan orang-orang Moor. Di sini juga terdapat kuburan Muslim dan Kristian dalam satu liang kerana peperangan ketika kejatuhan kota ini. sedikit cerita kejatuhan kota ini dari wikipedia: 

During the Reconquista (around the 9th century), its principal centre and castle were isolated by Christian armies. Following the fall of the Caliphate of Córdoba, the King of Léon, Alfonso VI received in the spring of 1093, the cities of Santarém, Lisbon and the Castle of Sintra.[3] This followed a period of internal instability within the Muslim taifas of the peninsula, and in particular the decision by the King of Badajoz, Umar ibn Muhammad al-Mutawakkil who, after hesitating from 1090 to 1091, placed his territory under the suzeraintyof Alfonso VI of the Almoravid. Afonso took the cities and the castle of Sintra between 30 April and 8 May 1093, but shortly after their transfer Sintra and Lisbon were conquered by the Almoravid.[3] Santarém was saved by Henry, who Afonso VI nominated Count of Portugal in 1096, to replace Raymond of Burgandy.[3]







Walaupun kota ini kelihatan dekat dengan stesen keretapi, janganlah mengagahkan diri tuan-puan untuk memanjatnya. Kerana berjalan kaki dari bandar ke kota ini akan mengambil masa hampir 2 jam. Jangan bazirkan masa anda, banyak tempat yang perlu di lawati.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com