Sunday, September 28, 2014

Di sini Bermulanya Cinta - Sydney



Cerita bermula beberapa bulan sudah, tiada perancang khusus untuk berkunjung ke down under kembali, setelah mengunjungi Perth pada Oktober 2010 yang lalu. Menjadi prinsip panda untuk tidak kembali ke tempat yang sama kecuali ada keunikkannya yang tersendiri. Panda telah mendapat tawaran yang agak baik, maka panda menyertainya. Lokasi yang berbeza iaitu Sydney dan Melbourne. Mengambil masa cuti tersepit Hari Kemerdekaan Malaya 31 Ogos 2014 yang ke 57.


Apabila tinggal di Sabah, kos bajet travel panda akan bertambah sekurang-kurangnya RM250 (BKI-KUL-BKI), lebih dari kadar Kuala Lumpur ke destanasi pilihan. Ini juga menghadkan lagi bajet panda. Menjadi panduan bersama, Airasia juga tidak menjamin tambang yang lebih rendah, berdasarkan semakan panda, traveller airasia X tidak perlu lagi tergopoh-gopoh membeli tiket setahun awal atau menungu harga 'zero' promosi, kerana harga ini lebih mahal berbanding promosi biasa di sebabkan kenaikan caj penerbangan atau tax. Cukup menyemak harga 3 bulan sebelum kerana harga KUL-Sydney sekitar RM399 berbanding promosi RM689. Tetapi untuk penerbangan domestik, no hal. beli awal setahun.
 

Panda juga telah mengubah objektif 'traveling', kehadiran ke sesuatu tempat adalah berselfie di icon bandaraya tersebut. Itu sahaja. Dengan bajet yang sangat terhad, perjalanan hanyalah di kawasan bandar yang boleh di akses dengan berjalan kaki atau mana-mana pengangkutan awam percuma, sekali lagi 'PERCUMA'. Jadi janganlah harap panda berkongsi gambar yang jauh di kawasan pergunungan ataupun di bawah laut. Apa yang penting mengambil kira kata-kata Mak Hayam -'Aku dah pergi... ko ado?'
 

Panda menggunakan Airasia X, 29 Ogos 2014 jam 11:59 malam, sebelum itu panda dari kota Kinabalu penerbangan Airasia jam 1850, bila sampai di KLIA2 yang sangat mengujakan, kami (kumpalan 3 orang dari Terengganu aka Abang Jak g Australia) bertemu, makan dan menaiki pernebangan selama 7 jam 5 minit. Kami tiba di Sydney jam 10 pagi waktu tempatan. Sydney masanya 2 jam lebih awal dari Malaysia. Setiap kali panda memasukki Australia, mesti ada masalah di immigresen, kami di tahan hampir 30 minit kerana passport kami di periksa dengan lebih teliti. Ingatkan orang dari Asia Tengah dan Indochina sahaja yang selalu di tahan, rupanya si Malaysia juga. Katanya rutin checkin bagi memastikan kami tidak mendiami bumi Australia melebihi waktu yang di tetapkan.
 

Setelah selesai urusan emergrisen dan Kastam, kami keluar dan mencari data simcard, kami telah membeli simcard Lebara dengan harga AUD10 (RM30) untuk data 1Gb. Ini penting bagi membolehkan panda memuatnaik secara terus ke Instagram. Xperlu lagi mengedit bagai dan menunggu berbulan-bulan untuk memuat naik ke laman sesawang. Perkongsian di hujung jari anda. Dari lapangan terbang, kami menaiki shuttle dengan kos AUD15, Van shuttle boleh di dapati di kawasan shuttle di hujung terminal sebelah kenan dari pintu masuk, perkhidmatan yang di kendalikan oleh orang-orang Asia Selatan ini akan menghantar tuan-puan terus ke pintu hotel. Berbanding menaiki train dengan kadar AUD17.50 dan kena berjalan kaki beratus-ratus meter sambil berdiri sepanjang perjalanan.
 

Kami telah memilih Ibis Budget di William Street di kawasan Darlinghurst. Hanya 10 minit ke Sydney Town Hall. Kosnya sekitar AUD110 untuk 3 katil. Walaupun namanya Ibis, ia lebih di lihat sebagai dorm yang ada bilik air. Kos penginapan dan makan di Sydney lebih tinggi berbanding Melbourne atau Perth.
 

Selepas solat, kami menikmati mee segera dan meneruskan perjalanan melalui William Street kemudian memasuki Hyde Park dan terus ke Elizabeth Street dan Philip Street menuju ke Pullman Quay Grand dan akhirnya ke Opera House. Perjalanan kami agak terganggu kerana hujan membasahi bumi Sydney ini. Hari ang agak sejuk dengan suhu menjunam ke 10C dan kadangkala ke 5C. Seperti biasa, bateri kamaera panda akan flat di saat keterujaan berhenti.
 

Kami bergerak pulang apabila senja menjelma. Kekurangan mengunjungi negara 4 musim ini adalah apabila musim sejuk dan musim bunga, siangnya agak singkat, Maghribnyan sekitar jam 5:30 petang. Australia seperti juga Europe, waktu berniagaanya sampai jam 6 petang sahaja kecuali di kawasan CBD. Waktu pulang ke Hotel kami melalui Pitt Street dan singgah makan di bawah menara Western ataupun Sydney Tower Eye.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com